Donut gebu

http://www.azlitamasammanis.com/2015/08/donut-sempoi-lembut-dan-sangat-gebu.html?m=1

Aug 24, 2015

Donut Sempoi lembut dan sangat gebu.

Ita memang cukup mengemari donut. Kalau di hidangkan pelbagai kuih di hadapan mata, pasti donut adalah pilihan ita yang utama. Namun begitu tak semua orang dapat menghasilkan donut yang lembut dan gebu yang serasi dengan anak tekak ita ni.
Donut pada ita sedap di nikmati ketika hangat-hangat. Lepas di goreng, salut aje dengan gula adoiii… terus kecur.. masa tu lah donut yang terbaik di nikmati.. meletup-letup dalam mulut..
Terdapat banyak resepi donut yang ita dah cuba. Semuanya ada keunikkan masing-masing. Tapi hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi donut yang sempoi dari Chef idola ita siapa lagi Chef Asma. Terima kasih Chef atas perkongsian resepi ini, sangat sedap sangat lembut dan juga sangat-sangat gebu.
Sekarang ni kerja menguli donut menjadi lebih mudah sejak ada bread maker. Kalau ada teringin nak makan donut, tak payah pening kepala fikir nak menguli, nak perap yis yang kadang jadi.. kadang tak jadi.. Dengan BM semua kerja menjadi mudah, ringkas, cepat, menjimatkan masa, dapur tak berkecah dan yang paling utama doh lembut dan sedap di nikmati.

Kalau anda berhajat nak dapatkan bread maker ni satu cuba intai-intai FB Chef Asma, beliau ada jual macam-macam produk Trio yang banyak membantu tugas anda memasak di dapur. Semuanya di hujung jari dan semudah ABC.
Berbalik cerita donut kita ni, sesuai lah dengan namanya donut sempoi.. memang sempoi habis. Doh dia sangat lembut dan masyaallah bila perap dia naik berganda-ganda. Jadi ita nasihatkan jangan perap lama sangat tau.. nanti dia naik masyaallah…. sampai melekat2 dah boleh bakar terus rasanya jadi roti.. hehe
Anda juga kena jarakan sikit bila dah bentuk donut tu, supaya dia tak melekat dan berhimpit-himpit bila dia naik. Ita ingat jangan bagi dia naik sangat nampak dah gebu aje ok dah boleh goreng, sebab kalau biar lama sikit dia naik lagi gebu, payah nak angkat pulak nanti.
Di sebabkan ita menggunakan bread maker, maka ita tak adalah buat step by step. Insyaallah ita akan buat lagi menggunakan resepi ini .. nanti ita tunjukkan stepnya ya..

Tapi mudah aje.. beli aje satu BM ni.. senang kerja anda di dapur.. hari-hari boleh buat donut dan roti untuk keluarga 🙂

DONUT SEMPOI

Resepi Oleh : Chef Asma
500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum ( sebaiknya tepung roti )

10 gm instant yeast atau 1 peket mauripan

1 sudu besar bread softener ~ optional

60 gm mentega

60 gm gula halus

2 sudu besar susu tepung

1 sudu besar susu pekat manis

2 biji telur

1/2 sudu kecil garam atau secubit garam

200 ml air sejuk dari peti ais
minyak untuk mengoreng terendam

gula kastor atau gula icing ikut kesesuaian untuk menyalut donut
Ita menggunakan bread maker untuk menyediakan donut ini

Masukkan semua bahan ke dalam bread maker ( kecuali minyak untuk mengoreng dan gula kastor / gula icing untuk salut donut )

Set pada button uli doh dan biar bread maker mengambil alih tugas menguli. Masa ni bolehlah buat kerja lain.. memasak ke.. basuh baju ke.. kemas rumah ke.. sidai baju ke.. lipat kain ke.. sebab tu di namakan Trio Bread Maker boleh buat dua tiga kerja sambil menguli ^_^
Bila dah siap, tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin

Pas tu boleh lah bulat-bulatkan anggaran berat satu doh tu 40 gm. jadi dapat lah dalam 25 keping doh atau donut nanti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s