Brownies kedut

Credit to:http://www.enyabdullah.com/2015/10/resepi-brownies-kedut.html?m=1
Resepi Brownies Kedut
Bahan-bahan 

400 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound, saya pakai jenama Beryl’s jenis coins

150 gm mentega

170 gm gula perang – kalau guna gula castor kurangkan menjadi 150gm sahaja

4 biji telur saiz A

1 sudu kecil esen vanilla

100 gm tepung naik sendiri, saya pakai Blue Key

30 gm serbuk koko, saya pakai jenama Beryl’s

Secubit garam kasar
Cara penyediaan
Panaskan oven pada suhu 160C
Cairkan butter, coklatdan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata.
Coklat dipotong halus dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata.
Note : Boleh je cairkan coklat dan butter sekali menggunakan double boiler atau microwave
Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.
Satukan telur, butter cair, gula castor dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan.

Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.
Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau kaup 3-4 kali menggunakan sudu.
Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.
Masak selama 30-40 minit. Oven saya memerlukan 40 minit untuk bakar. Tahap panas oven ni lain lain, jadi kena selalu tengok kalau anda tak pasti oven anda bagaimana. Make sure tak terlebih bakar.
Cara nak pastikan brownies tak terlebih bakar ialah dengan menggunakan cake tester yang dicucuk pada kek. Sekiranya brownies belum masak, bilah tester akan dilumuri dengan adunan kek. Jika sudah cukup-cukup masak, sedikit gumpalan kek akan lekat di bilah tester. Boleh terus tutup suis oven.
Biar sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit.
Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong.
Jangan sesekali masukkan dalam peti sejuk kerana ini akan menjadikan brownies keras.
Brownies tahan 4 hari tanpa peti sejuk.
Jika perlu masuk peti sejuk juga, bila hendak makan, bolehla reheat sekejap dalam oven atau microwave untuk melembutkan coklatnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s